Mesyuarat Agung PIBG dan Penetapan Target 2019

Mesyuarat Agung  PIBG dan Hari Penetapan Target PT3 dan SPM telah diadakan pada 9 Mac 2019.  Ramai ibu bapa yang hadir untuk menjayakan kedua-dua majlis ini. Perbincangan antara guru dan ibu bapa mengenai target pelajar bagi setiap mata pelajaran PT3 dan SPM berlangsung dengan baik. Pelantikan AJK PIBG juga berlangsung dengan lancar dan setiap usul daripada ibu bapa telah dibahaskan. Kaunter sarana ibu bapa, khidmat bantu ibu bapa dan Frog VLE juga disediakan untuk memudahkan urusan yang berkaitan. Pihak Kulinari SMK St Mary pula telah mengambil inisiatif menjual roti yang dimasak oleh pelajar untuk mengumpul dana. Kerjasama semua pihak amat dihargai.

Merentas Desa 2019

Acara merentas desa telah diadakan pada 22 Februari 2019. Pelajar-pelajar berkumpul di dalam dewan untuk aktiviti pemanasan badan. Pelepasan pelajar junior bermula pada pukul 8.00 pagi manakala pelajar senior dilepaskan pada pukul 8.30 pagi. Laluan larian merentas desa pada tahun ini adalah di sekitar Kampung Melayu Kepong. Acara larian tamat pada pukul 9.10 pagi. Upacara penyampaian hadiah diadakan di dewan sekolah. Juara keseluruhan merentas desa disandang oleh rumah pope. Tahniah dan syabas atas semangat kesukanan yang ditunjukkan oleh semua warga sekolah…Hip hip hooray!!