KEJOHANAN OLAHRAGA 2019

Kejohanan Olahraga SMK St. Mary telah diadakan pada hari Sabtu 27 April 2019. Acara yang dipertandingkan ialah acara larian 100m, 200m, 4x100m dan 4x200m untuk kelas 1, 2, 3 dan 4. Selain itu terdapat pertandingan pasukan sorak, perbarisan dan hiasan khemah terbaik. Pasukan sorak sekolah iaitu pasukan Sellors dan pancaragam mengadakan persembahan untuk tetamu yang hadir. Acara tarik tali bagi menentukan rumah yang mendapat tempat pertama, kedua dan ketiga juga telah diadakan. Pada tahun ini, rumah Mc Neil telah dinobatkan sebagai johan rumah sukan dan naib johan dinobatkan kepada rumah Pring. Syabas kepada semua warga SMK St. Mary atas kerjasama yang padu serta semangat kesukanan yang tinggi. Majulah sukan untuk negara.

ACARA SUKANEKA DAN TARIK TALI

Acara sukaneka dan tarik tali telah diadakan pada hari Isnin 22 April 2019.  Acara ini bertujuan untuk memberi peluang kepada pelajar bukan atlet untuk melibatkan diri dalam acara sukan seterusnya menyumbang markah kepada rumah sukan masing-masing. Acara sukaneka dan tarik tali telah berjalan dengan lancar. Semua pelajar menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi.

HARI ANUGERAH CEMERLANG 2019

Hari Anugerah Kecemerlangan Akademik  telah diadakan pada hari Sabtu 6 April 2019 bagi meraikan kejayaan cemerlang pelajar-pelajar dalam peperiksaan sekolah, peperiksaan PT3 dan SPM 2018. Anugerah Penghargaan Khas pula dianugerahkan kepada pelajar-pelajar yang cemerlang dalam bidang akademik, ko-kurikulum dan aktiviti kebajikan. Majlis ini telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Datin Sri Hajah Ismalina Binti Ismail, Alumni SMK St Mary Kuala Lumpur. Selain itu, terdapat Anugerah Panitia yang mengiktiraf hasil kerja keras guru-guru dalam bidang akademik.  Bagi memeriahkan majlis, pelbagai persembahan telah diadakan. Antaranya persembahan koir, pancaragam dan tarian tamu. Majlis ini telah berjalan dengan lancar hasil dari pada kerjasama pentadbir, guru-guru, ibu bapa dan pelajar-pelajar.