Sambutan sempena Hari Malaysia telah diadakan pada Jumaat 18 September 2015, Semua pelajar kelihatan menawan dengan memakai baju kebangsaan. Kerjasama pelajar amat memberangsangkan. Pada hari ini kita dapat melihat budaya silang budaya diamalkan.

Pelajar berbangsa Melayu memakai sari, pelajar Cina memakai baju kebaya dan pelajar India ada yang memakai cheongsam. Sambutan diakhiri dengan persembahan pelajar dan nyanyian lagu-lagu patriotik di dewan sekolah. Selain itu pelbagai pertandingan telah diadakan. Di antaranya pertandingan melukis poster, menghias kek dan melukis kolam yang bertemakan hari Malaysia. Semoga dengan adanya majlis sambutan Hari Malaysia ini akan melahirkan rakyat Malaysia yang bersatu padu, berjiwa patriotik dan sehati sejiwa.