no images were found

Hari Orientasi untuk murid-murid tingkatan satu dan baharu sesi 2015 telah diadakan pada 31 Disember 2014 bertempat di dewan Bishop Ferguson Davie, SMK St. Mary KL. Tujuannya untuk memperkenalkan murid-murid baharu kepada sejarah, misi dan visi sekolah, memperkenalkan murid-murid baharu kepada suasana dan budaya SMK St. Mary, memberi taklimat kepada murid-murid baharu tentang peraturan-peraturan sekolah dan memberi taklimat tentang kegiatan kokurikulum di sekolah.

Majlis dimulakan dengan taklimat kurikulum, HEM dan kokurikulum oleh pengetua sekolah, Cik Goh Hai Bee. Seterusnya diadakan sesi soal jawab dengan ibu bapa. Murid-murid beredar ke kelas masing-masing untuk berkenalan dengan guru kelas. Guru kelas juga turut mengedarkan buku teks kepada murid-murid. Akhirnya ibu bapa membeli barang keperluan sekolah anak-anak mereka di koperasi sekolah.