Kerja Amal Pendidikan Moral

Kerja amal di “Soup Kitchen Jinjang” telah dilaksanakan pada 5 dan 6 Ogos 2013 dari pukul 9 pagi hingga 2.30 petang. Seramai 15 orang murid dari Tingkatan 4 Sains 2, 4 Sains 1 dan 4A2 yang terlibat dalam kerja amal ini. Kerja amal ini mendapat kerjasama daripada Encik Geofry, Pengurus “Soup Kitchen Jinjang” dan Puan Dayma a/k Nyuawe serta Puan Devayani a/p Krishnan menjadi guru pengiring.

Di “Soup Kitchen Jinjang”semua murid ditugaskan melakukan beberapa tugas iaitu sebelum, semasa dan selepas pengunjung makan. Pada mulanya semua murid diberi taklimat pembahagian tugas dan cara melayan pengunjung. Mereka dibahagi kepada beberapa kumpulan dan ditugaskan membuat persiapan sebelum memasak dan menyediakan bahan-bahan untuk memasak. Kemudian mereka membantu memasak makanan. Pada masa yang sama, sebahagian daripada mereka menyusun kerusi meja serta menyediakan semua peralatan seperti pinggan, mangkuk,sudu, garpu dan gelas.

Selepas itu, mereka menghidang makanan kepada golongan tua yang terdiri daripada kaum Cina dan India yang tinggal di kawasan Jinjang. Oleh sebab bilangan pengunjung yang datang agak ramai lebih kurang 500 orang, mereka perlu memastikan meja tempat makan sentiasa bersih dan pinggan mangkuk yang telah digunakan diletakkan di tempat yang telah disediakan.

Setelah semua pengunjung selesai makan, mereka membersihkan dan mengemas tempat makan serta mencuci segala peralatan yang telah digunakan. Pinggan mangkuk, sudu garpu dan gelas dicuci, dilap dan disusun di tempat asal. Semua meja dan kerusi dikemas dan disusun , lantai disapu dan dimop sehingga bersih.

Akhir sekali satu sesi soal jawab diadakan untuk berkongsi pengalaman diperoleh sepanjang kerja amal ini berlangsung. Mereka telah memberi respon yang positif dan memberangsangkan. Kerja amal ini telah memberikan satu pengalaman baharu dan minimbulkan kesedaran kepada peserta