no images were found

Pada 28 Februari 2015, acara merentas desa telah diadakan di Taman Tasik Metropolitan, Kepong. Seawal jam 7.00 pagi, pelajar-pelajar telah berkumpul di Taman Tasik mengikut rumah masing-masing.  Acara dimulakan dengan senamrobik yang dikendalikan oleh Puan Rosma. Acara tamat pada pukul 9.30 pagi. Acara penyampaian hadiah kepada pemenang juga telah diadakan di Taman Tasik Metropolitan. Acara merentas desa pada tahun ini telah dimenangi oleh rumah Mc Neil. Semua guru dan pelajar telah memberikan kerjasama dan komitmen yang tinggi bagi menjayakan acara merentas desa ini.