School Rules

    WAKTU PERSEKOLAHAN
       
      Masa dan kehadiran persekolahan
       
  1. Murid mesti berada di sekolah lima minit sebelum waktu persekolahan bermula.
  2. Murid yang datang lewat tanpa sebab adalah menjadi satu kesalahan dan akan dicatat namanya untuk dikenakan tindakan .
  3. Murid-murid tidak dibenarkan keluar dari kawasan sekolah melainkan dengan kebenaran bertulis daripada Pengetua/ Penolong Kanan/ PK HEM/ guru yang dipertanggungjawab semasa waktu persekolahan .
  4. Murid yang tidak hadir ke sekolah mestilah membawa sijil sakit. Jika tidak, ibu bapa / penjaga murid tersebut hendaklah menyerahkan surat ketidakhadiran sebagai pengesahan. Ibu bapa / penjaga yang gagal berbuat demikian akan menyebabkan anak jagaan dianggap sebagai ponteng sekolah.
  5. Murid yang hendak balik ke rumah atas sebab sakit, kematian atau kecemasan hendaklah mengisi borang di pejabat dan diserahkan kepada guru bertugas.
      Waktu perhimpunan
       
  1. Semua murid perlu hadir ke perhimpunan sekolah. Murid-murid perlu beratur mengikut kelas dengan tertib dan senyap.
  2. Murid-murid mesti berdiri tegak dan senyap semasa lagu kebangsaan, lagu patriotik dan lagu sekolah dinyanyikan .
  3. Murid-murid perlu menyanyi bersama dengan penuh semangat.
  4. Murid-murid tidak dibenarkan bercakap semasa perhimpunan dijalankan.
  5. Pengumuman – pengumuman perlu didengar dengan penuh perhatian dan alasan tidak berbuat demikian tidak boleh diterima.
  6. Murid-murid yang tidak mematuhi peraturan akan dikeluarkan dari barisan .
  7. Selepas perhimpunan murid dikehendaki beratur dan berjalan masuk ke kelas masing-masing dengan senyap dan teratur.
      Waktu pengajaran dan pembelajaran
       
  1. Murid murid tidak dibenarkan meninggalkan kelas ketika waktu pembelajaran kecuali jika perlu. Tag keluar kelas perlu diperoleh daripada guru berkenaan. Tag keluar perlu digantung / dipamerkan.
  2. Murid -murid yang keluar tanpa tag dianggap sebagai keluar kelas tanpa kebenaran.
  3. Keluar masuk kelas adalah dilarang sama sekali semasa ketiadaan guru.
  4. Murid-murid perlu menjaga kebersihan kelas masing-masing.
  5. Murid-murid perlu sentiasa bersedia untuk belajar dan melakukan aktiviti berfaedah seperti membaca semasa menunggu guru masuk.
  6. Murid-murid tidak dibenarkan pergi ke tandas pada waktu pertama, waktu sebelum rehat dan waktu terakhir kecuali mereka yang benar- benar dalam kecemasan.
      Waktu pendidikan jasmani dan pendidikan kesihatan
       
  1. Semua murid mesti berpakaian pendidikan   jasmani
  2. Semua murid mesti berada di tempat yang ditentukan oleh guru PJK
  3. Barang berharga hendaklah diserahkan kepada guru pendidikan jasmani
  4. Murid yang menghidapi penyakit kronik / kurang sihat dan telah disahkan oleh doktor dikecualikan dari mengikuti aktiviti.
      Waktu rehat
       
  1. Semua murid dikehendaki meninggalkan kelas semasa rehat.
  2. Beratur semasa membeli makanan atau minuman dari kantin sekolah pada waktu rehat atau dengan kebenaran .
  3. Makan dan minum perlulah di kantin sekolah sahaja.
  4. Setiap murid perlu mengamalkan adab sopan semasa makan dan minum.
      Waktu balik
       
  1. Pastikan kelas berada di dalam keadaan kemas dan bersih. Kerusi dan meja disusun dengan teratur. Kelas telah disapu dan sampah di bakul sampah telah dibuang . Papan hitam perlu dibersihkan .
  2. Semua kipas , lampu dan pintu serta tingkap ditutup sebelum meninggalkan kelas.
  3. Pastikan semua buku murid dibawa balik.
  4. Murid perlu mematuhi peraturan lalu lintas.
       Waktu kokurikulum
       
  1. Masa aktiviti kokurikulum dijalankan tertakluk kepada pihak sekolah masing-masing.
  2. Setiap murid digalakkan mengambil bahagian dalam kegiatan kokurikulum melainkan mendapat pengesahan daripada doktor.
  3. Murid-murid digalakkan menyertai tiga gerak kerja kokurikulum iaitu ;
    a) persatuan / kelab
    b) badan beruniform
    c) permainan

Pihak sekolah akan mengambil tindakan terhadap murid yang tidak hadir tanpa sebab yang munasabah.

      Pakaian Seragam Sekolah
       


Pinafore Tunic

  • Pinafore tunic mesti berwarna biru turquoise dan labuhnya hendaklah sampai bawah paras lutut.

Blaus

  • Blaus adalah berwarna putih dan berlengan pendek. Blaus berjalur, jarang dan berlubang tidak dibenarkan.
  • Butang blaus mesti dikancing sehingga butang kedua dari atas dan tidak melebihi 4cm dari pangkal leher.

Baju kurung dan kain sarung

  • Murid perempuan sekolah menengah juga dibenarkan memakai baju kurung berwarna putih dan kain sarung berwarna turquoise.
  • Potongan baju kurung hendaklah jenis baju kurung johor. Labuh mesti ke paras lutut.
         

Leave a Reply

Your email address will not be published.